Pages

Monday 26 December 2011

Bercuti Di A'Famosa Resort Melaka - Part 2

Hari ke-2,kami sekeluarga bangun awal coz plan ak pergi semua animal show yang ada kat Animal Safari. Kalau ikutkan dalam iklan Elephant Show start pukul 10.00 pagi. Sebelum check out sempat jugak la bergambar kenangan kat balkoni apartment yang kami bermalam tu.


Lepas je check out kami terus pergi ke Animal Safari . Nasib baik sampai on time. Masa sampai tu Elephant Show baru start.... masa tengok elephant show Syahmi tak berhenti2 tepuk tangan, suka sangat dia tengok gajah tu. Tapi bila bawak nak pergi dekat gajah tu bergambar dekat2 takut pulak Syahmi ni. Baby Zareef biasala kecik lgi duk atas dukung ibu je lah.


 Lepas je Elephant Show kami pergi pulak ke Multi Animal Show,then lepas tu Bird Show pulak. Kira semua show dapat pergi. Yang tak pergi cuma monkey island & Cowboy show je. Monkey Island tak pergi coz penat sangat berjalan dalam tu dan hujan pun dah start turun....Cowboy show tak pergi coz ada adengan tembak2 takut Zareef terkejut nanti. Masa jalan kat dalam tu Syahmi ternampak orang tengah naik unta. Ingatkan dia takut tapi dia pulak yang nak naik unta tu. Nak tak nak terpaksa la melayan Syahmi naik unta. Suruh naik kuda kecik tu dia tak nak.....tetap nak naik unta jugak. Pukul 2 jugak baru habis berjalan dalam Animal Safari ni.




Lepas je keluar dari animal Safari, perut pun dah lapar so terus pergi ke Pekan Alor Gajah cari makanan. Disebabkan orang cakap Kuih Udang Alor Gajah ni best so pergi jugak la cari kedai dia coz nak try. Dengan bantuan GPS sekejap je dah jumpa kedai tu. Tapi nak makan kat situ tak boleh coz ramai orang n tempat duduk dah penuh. Cari punya cari temat makan sampai ke Pengkalan Balak kitaorang sampai. Berhenti kat tepi pantai tu & makan kat tepi pantai lah. Best jugak la kuih udang ni. Macam rojak jugak kot coz dah campur macam2. Lepas makan apa lagi ingatkan nak suruh Syahmi mandi2 kat laut tutapi dia pulak tak nak mandi dah. Jadi Abah n baby Zareef la yang mandi. Sampai pukul 5 ptg jugak baru kami berangkat balik.



 Sampai kat rumah dah malam. Untuk percutian kali ni best lah jugak coz anak happy. Kalau sebelum ni bercuti Syahmi kecik lagi dia tak pandai nak appreciate tapi kali ni nampak sangat dia happy. Sampai kat rumah pun still buat aksi gajah masa Elephant show tu.

Saturday 24 December 2011

Bercuti Di A'Famosa Resort Melaka - Part 1

Dah 2 minggu berlalu dari tarikh kami sekeluaga pergi bercuti. Ingatkan balik bercuti terus nak update kat blog ni tapi tak bekesempatan jugak.Ada je keje yang nak kena buat sampai tak sempat nak update blog ni. Tahun ni pergi bercuti ke A'famosa Resort,Melaka je.

Hari ahad tu bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi  dan sampai kat Afamosa dah tengahari. Nak check in apartment tak boleh lagi coz check in time pukul 4 petang so kami terus pergi Water World dulu. Dalam Water World  ni Syahmi la yang paling happy....main air sampai tak nak keluar dari kolam tu.....lama jugak kat dalam Water World ni sampai pukul 5ptg  jugak. Kat bawah ni gambar2 masa di Water World.





















Lepas keluar je dari Water World kami terus pergi check in dan berehat2 kat bilik. Malam nanti nak keluar gi Cowboy Town pulak. Pukul 8mlm tu kami pergi Cowboy Town. Ingatkan dah awal pukul 8 tu tapi bila sampai dah penuh orang beratur beli tiket. nasib baik tiket dah ada just kena redeem je kat kaunter tu so takde la beratur panjang. Kat dalam Cowboy town ni macam dalam fun fair lah jugak kot. Tapi yang bestnya ada red indian show & karnival show. Tapi untuk red indian show tak tengok pun coz ramai orang & Syahmi takut tengok red indian. So kami tengok karnival show & pertunjukan bunga api je. Memang best karnival show dia macam2 ada......habis je karnival show terus ada pertunjukan bunga api. Dalam pukul 11.30 malam jugak baru keluar dari Cowboy Town ni. Balik bilik terus tidur kepenatan semua coz sehari penuh dengan aktiviti. Besok akan bersambung pulak dengan aktiviti kat Animal Safari pulak. Gambar2 kat Cowboy Town di bawah.



















Bersambung next post Part 2 untuk aktiviti di Animal Safari & mandi2 di Pengkalan Balak.

Sunday 4 December 2011

Gunting Rambut & Happy Meal

Petang tadi....bawa Irfan Syahmi pergi gunting rambut. Dah panjang sangat dah rambut hero aku ni. Biasanya kalau gunting rambut Syahmi ni mesti pendek je...guna mata no.2 je selalau. Tapi hari ni buat kelainan sikit just poton nipis tepi je rambuat atas tak potong. Baru lah handsome sikit hero aku ni....kalau tak asyik botak je....sesekali kena la ada style jugak heheh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...