Pages

Sunday 1 July 2012

Jalan-Jalan Ke Bukit Tinggi, Pahang

Dah lama tak update blog family ni...sibuk & takde idea nak update apa. Kali ni just nak update aktiviti jalan-jalan kitaorang sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Semalam 30th June 2012 sempena cuti hujung minggu kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Bukit Tinggi @ dikenali Berjaya Hills. Pergi balik hari je tak tidur sana pun.

Kenape pergi sana....coz tengok-tengok kat facebook member-member yang pergi sana ada rabbit farm. So ok lah jugak boleh bagi Syahmi & Zareef main-main dengan rabbit kat situ. Bertolak dari rumah pun dah pukul 10.15 pagi rasanya....biasa la nak siap-siapkan kedua-dua hero ni. Kat bukit tinggi tempat - tempat yang sempat kitaorang pergi Rabbit Farm, Japanese Village & Colmar Tropicale.

Ok lah malas nak citer panjang layan je gambar-gambar masa kitaorang sekeluarga kat sana...

Mula- mula di Rabbit Farm...yang paling suka dah tentu lah Syahmi & Zareef.








Dah puas anak-anak main kat Rabbit Farm kitaorang pergi pulak ke Japanese Village. Dari tempat Parking kereta nak ke Japanese Village tu punya la tinggi bukit dia nak menapak naik. Memang patut la letak nama Bukit Tinggi. OK layan gambar-gambar kat Japanese Village pulak...







 Selepas penat mendaki bukit kat japanese village baru lah kitaorang pergi berehat-rehat & makan-makan kat Colmar Tropicale. Kat sini bangunan dia semua ala-ala kat Perancis...ok lah jugak..tapi yang tak best nya makana kat bukit tinggi ni semua mahal....air tin 100plus harganya RM4.50....
Ok layan gambar-gambar masa kitaorang kat Colmar Tropicale...








Kesimpulanya....OK jugak la bukit tinggi ni...next time boleh  plan datang bermalam kat Colmar Tropicale ni pulak..baru dapat rasa pemandangan waktu malam pulak kat sini.....THE END
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...