Pages

Saturday 24 December 2011

Bercuti Di A'Famosa Resort Melaka - Part 1

Dah 2 minggu berlalu dari tarikh kami sekeluaga pergi bercuti. Ingatkan balik bercuti terus nak update kat blog ni tapi tak bekesempatan jugak.Ada je keje yang nak kena buat sampai tak sempat nak update blog ni. Tahun ni pergi bercuti ke A'famosa Resort,Melaka je.

Hari ahad tu bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi  dan sampai kat Afamosa dah tengahari. Nak check in apartment tak boleh lagi coz check in time pukul 4 petang so kami terus pergi Water World dulu. Dalam Water World  ni Syahmi la yang paling happy....main air sampai tak nak keluar dari kolam tu.....lama jugak kat dalam Water World ni sampai pukul 5ptg  jugak. Kat bawah ni gambar2 masa di Water World.





















Lepas keluar je dari Water World kami terus pergi check in dan berehat2 kat bilik. Malam nanti nak keluar gi Cowboy Town pulak. Pukul 8mlm tu kami pergi Cowboy Town. Ingatkan dah awal pukul 8 tu tapi bila sampai dah penuh orang beratur beli tiket. nasib baik tiket dah ada just kena redeem je kat kaunter tu so takde la beratur panjang. Kat dalam Cowboy town ni macam dalam fun fair lah jugak kot. Tapi yang bestnya ada red indian show & karnival show. Tapi untuk red indian show tak tengok pun coz ramai orang & Syahmi takut tengok red indian. So kami tengok karnival show & pertunjukan bunga api je. Memang best karnival show dia macam2 ada......habis je karnival show terus ada pertunjukan bunga api. Dalam pukul 11.30 malam jugak baru keluar dari Cowboy Town ni. Balik bilik terus tidur kepenatan semua coz sehari penuh dengan aktiviti. Besok akan bersambung pulak dengan aktiviti kat Animal Safari pulak. Gambar2 kat Cowboy Town di bawah.



















Bersambung next post Part 2 untuk aktiviti di Animal Safari & mandi2 di Pengkalan Balak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...