Pages

Tuesday 31 May 2011

Follow Up Check-up Baby Irfan Zareef

        Balik kerja lepas maghrib tadi terus keluar pergi hospital KPMC Puchong. Malam ni ada follow up untuk check-up baby coz kuning last week. Sampai kat hospital tu macam biasa la semua nurse tegur Syahmi. Hospital tu dah macam rumah kedua dia dah. Masa Syahmi baby bawah setahun dulu boleh dikatakan sebulan 2bulan sekali masuk wad.....sampaikan nurse & doctor kat situ dah boleh kenal dah.

Monday 30 May 2011

Cuti Sekolah? Cuti Berpantang?

      Cuti sekolah kali ni duduk rumah je lah. Nak balik kampung Terengganu or Kedah pun dah tak boleh coz my wife tengah pantang. Kali ni pantang kat sini je & uruskan sendiri je. Dah anak ke-2 ni dah tak risau sangat coz dah tau serba sedikit pasal pantang ni. Kalau anak pertama dulu memang risau jugak.

Sunday 22 May 2011

Irfan Zareef Masuk Wad Coz kuning

Tengah hari tadi gi klinik coz nak check up Irfan Zareef. Ingatkan semua ok. Tapi bila doctor check tadi dia kena kuning pulak. Bacaan dia 16, doktor cakap sepatutnya bawah 12. So terpaksa la kena tahan wad coz nak letak bawah lampu tu.


Saturday 21 May 2011

My 2nd Hero - Irfan Zareef

Ni update sambungan posting yg lepas. Posting lepas aku cerita pasal kelahiran anak ke-2 aku. So sekarang nak bagitau nama dia la coz dah register kat JPN semalam. Nama nya seperti di tajuk tu ye....Irfan Zareef. Saja je letak Irfan jugak kat depan ak bagi sama dengan abang dia Irfan Syahmi.


Friday 20 May 2011

Kelahiran Hero Ke-2 Aku

Alhamdulilah....semalam 18 May 2011 tepat jam 12.01pm wife aku selamat melahirkan anak kedua kami.Thanks to my wife(Luv u so much) coz bertungkus lumus kat labour room. Finally dapat jugak bersalin normal. Irfan Syahmi dulu kena operation.

Sunday 15 May 2011

Sony Ericsson Xperia X8

Hari ni nak update tentang handphone pulak. Nak dijadikan cerita minggu lepas handphone yang aku guna selama ni rosak pula. Black out terus screen dia hitam je. Kira ok la rosak pun setalah 6 tahun handphone tu berkhidmat untuk aku. Rosak pun berbaloi la dah puas guna.

Jadi semalam pergi la beli handphone baru. Nak beli yang baru & canggih2 tu tak mampu la budget takde. So beli je handphone Xperia X8. Harap2 handphone ni pun dapat berkhidmat lama la mcm handphone sebelum ni. Paling kurang pun 5 tahun jadi lah hehe...:-)
  
Ini la hp nye tapi aku punye color hitam.

Wednesday 11 May 2011

Pengalaman Di Hospital Kerajaan

        Nak kongsi pengalaman berurusan di hospital kerajaan. Memang betul lah apa yang orang cakap servis  memang lambat. 2 kali aku berurusan untuk kes emergency di hospital kerajaan dan kedua duanya sama dan menyakitkan hati. Kes pertama, emergency coz wife aku ada bleeding masa kandungan 6 bulan. Nak pergi hospital swasta tak boleh coz hospital swasta tak terima untuk kes baby pra matang(tak cukup bulan). So terpaksa la pergi hospital kerajaan. Aku pergi pukul 3.30ptg menunggu untuk check up sampai pukul 11 malam. Bila dah masuk check up tu sekejap je tak sampai 5 minit dah habis. Doc cakap takde ape2 n boleh balik. Bayangkan lah berape jam aku menunggu dari pukul 3.30 ke pukul 11mlm tapi check up nye kejap je. Yang jadi lama tu coz prosedur dia. Di sebabkan wife aku tak penah check up kat klinik kesihatan selama ni so macam2 macam di interview nya wife aku untuk dia tulis dalam buku laporan dia tu. Padahal masa tu wife aku tgh sakit & kiranya emergency kes lah ni. Tapi cara dia layan macam takde ape2. Sampai sakit terus hilang coz bengang menunggu. 
         Kes kedua pulak, malam tadi aku bawa mak mentua pergi hospital kerajaan. sebelum tu dah pergi klinik dekat rumah. Doktor kat klinik tu bagi refer letter untuk pergi hospital masuk wad. Ingatkan bila kes emergency & ada refer letter ni cepat la prosesnya. Tapi sama jugak dengan kes pertama. Aku sampai pukul 9.30 mlm pukul 2.30 pagi baru boleh masuk wad. Entah apa la yang diaorang lambat sangat tu aku tak tau la. Padahal refer letter dari klinik dah ada tu. Emm lupa nak bagitau untuk kes wife aku tu pun ada jugak refer letter dari klinik yang wife aku selalu check up tu.
           Kesian aku tengok orang2 tua yang ada kes emergency ni dah la sakit kena pulak menunggu lama macam tu. Bertambah sakit la orang tu. Apa pun kalau tak kerana terpaksa & ada duit lebih better pergi hospital swasta je. Memang la mahal sikit tapi takde le tunggu berjam jam & hati pun tak sakit.
               Bukan nak salahkan doktor yang kerja di hospital kerajaan tu. Tapi sistem & prosedur di hospital kerajaan yang membuatkan jadi lambat macam tu. Harap2 akan ada improvement la untuk kemudahan rakyat. Minta maaf ye bagi sape sape yang bekerja di hospital kerajaan, cuma nak meluahkan apa terbuku di hati.

Hilangkan Navigation Bar Pada Blogspot.

     Akhirnya berjaya jugak hilangkan navigation bar dari blog ni. Masa tengah surf nak belajar pasal blogging ni terjumpa pulak cara nak hilangkan navigation bar kat satu blog ni. Nak tau blog apa boleh klik di sini. Anyway thanks la pada brother yang bagi tips kat blog tu coz dapat jugak aku hilangkan navigation bar dari blog ni. Nampak cantik la sikit bila takde navigation bar ni.
 
Ni nak share cara nak hilangkan navigation bar tu. Korang just copy je kod di bawah ni :

  #navbar-iframe {
display: none !important;}


Paste kan kod tu kat dalam HTML blog. Nak paste kat mana tu refer kat bawah ni ye.

<b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Travel
Designer: Sookhee Lee
URL:      www.plyfly.net
----------------------------------------------- */
#navbar-iframe {
display: none !important;
}

/* Variable definitions
   ====================

Bila dah paste tu save je lah. So dah siap.........senang je kan!

Selamat mencuba. 

Sunday 8 May 2011

Irfan Syahmi dengan kolam barunya....!

Last week sempat singgah kejap kat kedai baby. Tengah cari barang2 baby tu terjumpa pulak kolam kecik untuk budak2 ni. Teringat pulak yang cikgu Syahmi di Taska bagitau yang Syahmi ni kalau kat Taska tu dia lah orang yang paling awal masuk n orang terakhir keluar dari kolam tu kalau petang2 cikgu dia buka kolam. So apa lagi terus la beli satu untuk Syahmi....nak tengok jugak aksi dia dalam kolam ni...











Kat atas tu gambar2 aksi syahmi di dalam kolam baru dia. Ni bila dah masuk dalam kolam tu puas jugak la pujuk baru la nak keluar. sampai dah kecut2 habis dah baru boleh keluar. Banyak jugak la aksi2 kuak dada n kuak lentang yang di buat syahmi hehe.....!

Sunday 1 May 2011

Rumput Karpet

Ni nak cerita sikit pasal rumput karpet. Tercapai jugak plan nak tanam rumput karpet dekat tanah sekankang kera di depan rumah tu. Setelah sekian lama plan tapi takde masa nak buat. Mula2 tu memang niat nak tanam rumput tu sendiri. Tapi selepas ada mamat bangla ni sorang datang tanya nak tanam rumput carpet & harga yang dia bagi untuk rumput & tanam  lagi murah dari bajet aku. So aku buat keputusan biarlah dia yang buat so aku dah tak payah nak penat2 meratakan tanah tu.

Ini Gambar hiasan je...
Mula-mula ingatkan susah sangat nak jaga rumput karpet ni. Tapi sekarang dah lepas sebulan rumput tu di tanam Alhamdulilah tumbuh menghijau je. Tak la susah sangat nak jaga just kena siram hari2 & letak baja  confirm hidup punya. Gambar rumput karpet takde skrg nanti next post aku share gambar rumput karpet kat depan rumah aku tu.

Jalan2 JB & Melaka

Bulan January hari tu, kami pergi melawat adik aku yang berada di JB. Dia bersalin anak ke-2. Anak pertama lelaki & anak kedua pun lelaki jugak. Nampaknya aku pun sama juga la...coz pergi scan doc cakap anak kedua ni pun lelaki jugak. Makin bertambah le hero dalam family ni....sepupu dia pun hero jugak. Dibawah ni aku share gambar syahmi dengan sepupu dia yg masih baby tu.


Main kat sebelah baby





Ada Harapan Jadi abg yg penyayang ni...










 Lepas balik dari JB tu kami singgah di Melaka untuk bermalam. Disebabkan tak planning pun untuk bercuti di melaka & kebetulan cuti sekolah so hotel2 kat melaka semua fully book. Nasib baik la lepas penat2 pusing kat melaka tu ada juga satu hotel yg masih ada bilik. Kalau tak silap hotel tu nama dia World Youth Hotel. Boleh tahan jugak la hotel ni kira standard hotel sri malaysia la. Lepas je check in hotel tu  kitaorang terus keluar cari tempat makan coz hari da petang. Tengah round 2 tu teringat pasal ikan bakar Umbai so ape lagi terus la pergi sana. Jalan2 cari makan.

Berselera Syahmi makan
Syahmi tak sabr makan ikan bakar.










Keesokan harinya pulak sebelum balik ke Klang kami singgah dulu ke Taman Rama2. Nak masuk zoo pun tak sempat ramai sangat orang, so taman rama2 je lah tu pun dah penat jalan kat dalam tu.

Ikan pun ada dalam taman rama2 ni.
Sempat lagi isap botol syahmi ni
















Lepas penat jalan2 tu kami singgah makan cendol kat area zoo tu, tak sempat nak ambik gambar kat situ. Tapi cendol kat situ memang best. Rasanya 2 hari kat Melaka tu 2 kali juga Ibu ajak gi makan cendol tu. Dah orang tengah mengidam kena ikut la jugak hehe...

Irfan Syahmi Bakal Bergelar .... Abang!

Sekejap je masa berlalu rasanya. Rasa macam Syahmi baru je lahir....tapi sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun.
Syahmi tengah posing di tasik Shah Alam.
Tak lama lagi syahmi akan bergelar abang pulak. Kalau ikut apa yang doktor scan second baby dah nak masuk 36minggu(9bulan) minggu depan. Tengah tunggu masa je lah sekarang ni. Harap2 Syahmi boleh jadi abang yang baik lah tak jeles dekat adik dia pulak nanti :-). Kalau tengok masa baby dalam perut ibu lagi ni, kiranya Syahmi ok la coz boleh lagi cium2 baby tu. Jangan nanti dah keluar adik asyik kena buli je dah le...Risau jugak kalau Syahmi jeles2 ni! 

Selamat menjadi ABANG buat Syahmi!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...