Pages

Saturday 30 July 2011

Baby Zareef Ke Nursery Dengan Abg Syahmi

Cepat masa berlalu..Baby Zareef pun dah masuk 2 bulan. Lagi 2 hari dah nak hantar Zareef ke nursery. So hari ni ingat nak keluar gi shopping barang2 untuk Zareef di nursery. Termasuk lah barang2 abang Syahmi dia.

Saturday 23 July 2011

Alarm System Untuk Rumah

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal ADT datang survey untuk pasang alarm. So hari ni satu hari kat rumah je tunggu orang ADT tu pasang alarm kat rumah ni. Sepatutnya appointment pukul 10.30pagi tapi pukul 11.00 baru sampai tapi takpe la lewat setengah jam je.

Tuesday 19 July 2011

ADT Alarm System

Sejak bulan lepas banyak pulak kes pecah rumah kat area perumahan ni. Risau pulak bila dengar cerita2 macam ni. Di sebabkan risau ni lah aku & wife bersetuju nak pasang alarm sytem kat rumah kami. Lepas dah banyak survey2 alarm sytem yang ada di pasaran aku rasa ADT  yang sesuai kot.

Ahad lepas dah buat appointment dengan safety consultant ADT ni. Dia pun dah datang check & suggest tempat mana patut pasang alarm.ADT ni kalau nak pasang kena ada line telefon. Tapi disebabkan rumah aku takde line telefon dia ada pakej yang guna GSM. Tapi kena tambah sikit la coz nak beli alat tu.

Insyaallah kalau takde ape hari sabtu ni orang ADT datang install kat rumah. Nanti aku share gambar masa diaorang install.

Saturday 16 July 2011

Aircond Untuk Baby Zareef

Alhamdulilah.....Tengah hari tadi dah settle pasang aircond kat master bedroom. Kalau ikutkan budget memang tak nak pasang lagi aircond ni. Tapi disebabkan baby Zareef tak boleh nak tido malam coz panas so terpaksa la pasang aircond jugak. Tu pun selepas banyak jugak kedai gi survey coz nak cari yang murah je.

Hopefully lepas ni baby Zareef dapat tido mlm  & tak payah lagi ibu nak berjaga setiap jam coz Zareef tak boleh tido. Sekarang ni OK lagi la coz ibu tengah cuti tapi nanti kalau dah start keje teruk lah jugak.Ok tunggu & lihat je lah malam ni baby Zareef boleh tido ke tak lepas pasang aircond ni.

Monday 4 July 2011

Majlis Cukur Jambul & Birthday

         Alhamdulilah Sabtu (2/7/2011) yg lepas dah selesai majlis cukur jambul & birthday kedua2 hero aku. Majlis cukur jambul untuk Zareef & birthday untuk Syahmi yang dah masuk 2 tahun. Perancangan untuk majlis ni ambik  masa 2 minggu jugak la. Penat jugak men-google untuk mencari katering, khemah & kumpulan marhaban untuk majlis ni. Akhirnya jumpa jugak catering & khemah yang sesuai.Untuk khemah aku tempah dengan riduan canopy & untuk catering ambik Salamah Catering. Alhamdulilah servis kedua2 nya ok. Untuk catering ramai jugak yang puji masakan dia sedap. Kira ok la tu berbaloi la aku bayar. Bagi kumpulan marhaban nasib baik ada kawan kat tempat kerja rekomen kumpulan marhaban yang disertai wife dia. So senang la sikit tak payah nak susah2 cari lagi. Memang puas hati dengan kumpulan marhaban ni lama jugak la berzanji & marhaban dekat sejam lebih jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...