Pages

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Jalan-Jalan di KL Birdpark

KL BIRDPARK, KUALA LUMPUR

Entrance

Ini lagi satu tempat yang menarik untuk dilawati. Jika tak silap ni lah yang terbesar kat Asia Tenggara kot? Tiket nak masuk memang berpatutan dengan kawasan dan pertunjukkan yang disediakan. Kat sini kami berpeluang menyentuh burung merak, beri makanan pada burung, dan makan bersama burung kat atas restoran. Anak2 memang excited sebab bleh tengok dari dekat pelbagai jenis burung yang kebanyakkannya memang jinak. Masuk je entrance terus disambut dengan burung2 kecil spesis nuri. Memang best datang kat sini dan bagi yang minat fotografi ini lah tempat yang sesuai untuk hobi anda. Burung2 kat sini dah jinak so suka berposing ambik gambar..heheh. So, bawak la keluarga datang kat sini dekat dengan area Planetarium dan Butterfly Park.

Jinak betul

Burung join makan skali

Spesis Engang
Nak kawan..ehhehe

kedai cenderahati

spesis nuri kecil
bilik pameran
Bird show

Sunday, 18 November 2012

Mandi-Manda @ Desa Water Park

Sebulan yang lepas bawa anak-anak gi mandi - manda kat Desa Water Park. Kiranya family day lajh jugak coz pergi dengan family sepupu. Disebabkan sibuk so sekarang baru nak update gambar-gambar masa kat sana.

Untuk menjimatkan kos kitaorang bawa bekalan makanan untuk sarapan pagi. So sebelum masuk ke dalam Desa Water Park..berkelah kat luar dulu sarapan pagi. Kat bawah ni gambar masa kat luar sebelum masuk.


Dah settle makan kenyang-kenyang baru lah kami semua masuk ke dalam untuk mandi - manda. Nak letak semua gambar kat dalam tu banyak sangat so kat bawah ni gambar yang jadi pilihan untuk diletak dalam blog ni.

 
 
 

 
 
Best jugak mandi - manda kat sini...harga tiket pun berbaloi lah jugak takde lah mahal sangat macam tepat lain....Boleh datang lagi lepas ni.



Wednesday, 7 November 2012

Jalan Jalan KL Butterfly Park & Planetarium Negara

Dah dekat sebulan pergi jalan jalan sini tapi baru hari ni ada kesempatan nak update blog tentang ni. Sempena cuti pertabalan YDP Agong yang lepas me & wife plan nak bawa anak-anak jalan-jalan kat KL Bird park.








Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.00pagi. Kalau ikutkan memang nak bertolak awal sikit tapi macam biasa la.Nak siapkan hero berdua ni memang ambik masa. Adik memang dah bangun awal tapi abang bangun lewat sikit pulak hari tu.

Sampai je kat KL Bird park ramai pulak orang & parking pun penuh. So plan untuk melawat KL Bird Park bertukar menjadi melawat KL butterfly park coz tak ramai orang kat situ. Kebetulan je boleh sampai KL Butterfly Park ni coz ternampak signboard masa nak ke KL Bird Park. Ok jugak la KL Butterfly Park ni, 1st impression  sebelum masuk ingatkan kecik je butterfly park ni. Tapi bila dah masuk penat jugak la berjalan kat dalam. Kat sini ada kawasan taman, gallery & kedai souvenire. 
Kat bawah ni gambar-gambar masa kitaorang kat dalam sana.


Lepas keluar dari KL Butterfly Park memang takde plan nak gi mana-mana dah coz tujuan asal just nak gi KL Bird Park je. Tapi coz tadi dah ternampak signboard Planetarium Negara dan dah alang-alang ada dekat kawasan ni so me & mywife buat keputusan pergi je lah ke planetarium negara.
Boleh jugak syahmi belajar apa yang patut kat situ. Zareef memang tak faham apa-apa lagi coz kecik lagi. Lagi pun me & my wife pun masing-masing pernah gi planetarium ni zaman sekolah rendah dulu je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...