Pages

Tuesday 14 February 2012

Perodua Kelisa - Berakhirnya Penantian

Finally, dapat jugak kereta Kelisa menjadi milik kami. Rasanya dah lebih sebulan sejak aku buat posting kat blog ni tentang KELISA-Bakal Kereta ke-2 kami. Macam-macam hal jugak lah sebelum dapat ambik kereta ni.

Mula-mula kami buat  keputusan untuk ambik kereta Kelisa kat kedai tu coz condition kereta masih ok dan juga bila tauke kedai  buat estimation monthly payment dalam RM300 je sebulan. Memang target RM300 so terus booking la. Tapi bila lepas booking & apply loan disebabkan kereta dah lama loan cuma boleh buat 3 tahun je so monthly RM 500 jugak. Masa tu rasa baik ambik kereta baru je kalau RM500. Tapi kalau nak cari kedai lain booking dah bayar RM300 hilang  macamtu lah pulak nanti.

Alternatif untuk dapat bayar monthly murah terpaksa la buat personal loan coz boleh panjangkan tempoh bayar. Setelah sebulan berlalu dan dah 3 ke 4 kali pergi bank finally dapat jugak Kelisa tu menjadi milik kami Alahamdulilah.

Finally dah ada depan rumah.

Tuesday 7 February 2012

Pusat Sains Negara

Semalam sempena cuti Maulidur Rasul, kami sekeluarga pergi ke Pusat Sains Negara. Disamping penuhkan aktiviti di hari cuti dapat juga dedahkan Syahmi dengan aktiviti yang melibatkan sains. Abah & Ibu pun kali pertama jugak sampai ke Pusat Sains Negara ni. Kami bertolak pukul 9.30pagi dan sampai dalam pukul 10 lebih dengan bantuan PAPAGO(GPS). Kalau nak cari sendiri boleh sesat juga rasanya.

Kebetulan semalam adalah hari terbuka so tiket masuk adalah percuma. Cuma kena bayar untuk masuk tengok robot je lah. Banyak jugak pameran yang ada kat Pusat Sains  ni, Syahmi lah yang paling happy coz macam2 game yang berkaitan sains ada kat sini. Zareef  tak pandai nak appreciate lagi, nanti Zareef dah besar boleh bawa datang lagi.

Kat bawah gambar-gambar masa kami sekeluarga kat sana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...