Pages

Showing posts with label IRFAN SYAHMI. Show all posts
Showing posts with label IRFAN SYAHMI. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Pusat Sains Negara

Semalam sempena cuti Maulidur Rasul, kami sekeluarga pergi ke Pusat Sains Negara. Disamping penuhkan aktiviti di hari cuti dapat juga dedahkan Syahmi dengan aktiviti yang melibatkan sains. Abah & Ibu pun kali pertama jugak sampai ke Pusat Sains Negara ni. Kami bertolak pukul 9.30pagi dan sampai dalam pukul 10 lebih dengan bantuan PAPAGO(GPS). Kalau nak cari sendiri boleh sesat juga rasanya.

Kebetulan semalam adalah hari terbuka so tiket masuk adalah percuma. Cuma kena bayar untuk masuk tengok robot je lah. Banyak jugak pameran yang ada kat Pusat Sains  ni, Syahmi lah yang paling happy coz macam2 game yang berkaitan sains ada kat sini. Zareef  tak pandai nak appreciate lagi, nanti Zareef dah besar boleh bawa datang lagi.

Kat bawah gambar-gambar masa kami sekeluarga kat sana.


Sunday, 4 December 2011

Gunting Rambut & Happy Meal

Petang tadi....bawa Irfan Syahmi pergi gunting rambut. Dah panjang sangat dah rambut hero aku ni. Biasanya kalau gunting rambut Syahmi ni mesti pendek je...guna mata no.2 je selalau. Tapi hari ni buat kelainan sikit just poton nipis tepi je rambuat atas tak potong. Baru lah handsome sikit hero aku ni....kalau tak asyik botak je....sesekali kena la ada style jugak heheh....

Wednesday, 10 August 2011

Demam Campak @ Cacar Air

Lama jugak tak check blog ni coz bz & jumaat lepas balik kampung sampai ahad. Kali ni nak update blog bukan pasal balik kampung tapi pasal Syahmi kena demam campak @ cacar air. Tanda-tanda nak kena campak tu dah nampak masa on the way nak balik kampung lagi tapi ingatkan gatal or ruam biasa je. Lagi pun Syahmi dah pernah kena campak masa dia umur 6 bulan. Selalunya orang kata kalau dah pernah kena sekali dah tak kena dah tapi Syahmi kena buat kali ke dua. Yang dulu campak kecil2 tapi kali ni campak yang besar.

campak, cacar air
Penuh krim satu badan....

Saturday, 30 July 2011

Baby Zareef Ke Nursery Dengan Abg Syahmi

Cepat masa berlalu..Baby Zareef pun dah masuk 2 bulan. Lagi 2 hari dah nak hantar Zareef ke nursery. So hari ni ingat nak keluar gi shopping barang2 untuk Zareef di nursery. Termasuk lah barang2 abang Syahmi dia.

Monday, 4 July 2011

Majlis Cukur Jambul & Birthday

         Alhamdulilah Sabtu (2/7/2011) yg lepas dah selesai majlis cukur jambul & birthday kedua2 hero aku. Majlis cukur jambul untuk Zareef & birthday untuk Syahmi yang dah masuk 2 tahun. Perancangan untuk majlis ni ambik  masa 2 minggu jugak la. Penat jugak men-google untuk mencari katering, khemah & kumpulan marhaban untuk majlis ni. Akhirnya jumpa jugak catering & khemah yang sesuai.Untuk khemah aku tempah dengan riduan canopy & untuk catering ambik Salamah Catering. Alhamdulilah servis kedua2 nya ok. Untuk catering ramai jugak yang puji masakan dia sedap. Kira ok la tu berbaloi la aku bayar. Bagi kumpulan marhaban nasib baik ada kawan kat tempat kerja rekomen kumpulan marhaban yang disertai wife dia. So senang la sikit tak payah nak susah2 cari lagi. Memang puas hati dengan kumpulan marhaban ni lama jugak la berzanji & marhaban dekat sejam lebih jugak.

Saturday, 11 June 2011

Abang & Adik With Play Mat

Semalam, bawa keluar playmat Syahmi yang lama nak bagi adik dia main. Tapi si abang pulak yang main lebih2. Abang asyik kacau je adik dia kat dalam tu. Masa kecik2 dulu tak nak pulak Syahmi ni main kat situ bila dah besar nak pulak dia main. Kat bawah ni gambar-gambar diaorang tengah main.

Sunday, 5 June 2011

Irfan Syahmi Gunting Rambut @ Botak

      Petang tadi bawa Syahmi pergi gunting rambut dekat kedai gunting area rumah ni. Rambut dah panjang & dah gatal-gatal kepala tu. Selalunya kalau gunting rambut mesti dia nak duduk atas abah & kena pegang dia. Tapi hari ni tiba2 pulak jadi baik boleh pulak dia duduk sendiri kat atas kerusi tu. Maybe sebab dah jadi abang kot! Kat bawah ni share photo masa dia tengah gunting rambut tadi.

Botak, blogwalking, kosmo, pilihanraya,polisbacklink, akikah, uitm, proton,paultan

Friday, 3 June 2011

Abang Demam.....Adik Meragam Waktu Malam

           Hari ni dah genap 17 hari Zareef dilahirkan. 2 minggu pertama Alhamdulilah baik je dia...boleh tido malam. Masuk je hari ke 15 dah mula meragam waktu malam. Tak nak tido dan menangis je bila malam. Biasa lah tu dalam pantang memang macam tu kot. Abang dia Syahmi dulu pun 2 bulan pertama tu memang meragam je waktu malam. Lepas je 2 bulan Alhamdulilah dah takde meragam lagi. Harap2 Zareef pun macam tu lah jugak.

happy family, seo, anak, duit online, tips, irfan, kereta
Syahmi dengan baby Zareef

Sunday, 8 May 2011

Irfan Syahmi dengan kolam barunya....!

Last week sempat singgah kejap kat kedai baby. Tengah cari barang2 baby tu terjumpa pulak kolam kecik untuk budak2 ni. Teringat pulak yang cikgu Syahmi di Taska bagitau yang Syahmi ni kalau kat Taska tu dia lah orang yang paling awal masuk n orang terakhir keluar dari kolam tu kalau petang2 cikgu dia buka kolam. So apa lagi terus la beli satu untuk Syahmi....nak tengok jugak aksi dia dalam kolam ni...











Kat atas tu gambar2 aksi syahmi di dalam kolam baru dia. Ni bila dah masuk dalam kolam tu puas jugak la pujuk baru la nak keluar. sampai dah kecut2 habis dah baru boleh keluar. Banyak jugak la aksi2 kuak dada n kuak lentang yang di buat syahmi hehe.....!

Sunday, 1 May 2011

Irfan Syahmi Bakal Bergelar .... Abang!

Sekejap je masa berlalu rasanya. Rasa macam Syahmi baru je lahir....tapi sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun.
Syahmi tengah posing di tasik Shah Alam.
Tak lama lagi syahmi akan bergelar abang pulak. Kalau ikut apa yang doktor scan second baby dah nak masuk 36minggu(9bulan) minggu depan. Tengah tunggu masa je lah sekarang ni. Harap2 Syahmi boleh jadi abang yang baik lah tak jeles dekat adik dia pulak nanti :-). Kalau tengok masa baby dalam perut ibu lagi ni, kiranya Syahmi ok la coz boleh lagi cium2 baby tu. Jangan nanti dah keluar adik asyik kena buli je dah le...Risau jugak kalau Syahmi jeles2 ni! 

Selamat menjadi ABANG buat Syahmi!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...