Pages

Sunday 18 November 2012

Mandi-Manda @ Desa Water Park

Sebulan yang lepas bawa anak-anak gi mandi - manda kat Desa Water Park. Kiranya family day lajh jugak coz pergi dengan family sepupu. Disebabkan sibuk so sekarang baru nak update gambar-gambar masa kat sana.

Untuk menjimatkan kos kitaorang bawa bekalan makanan untuk sarapan pagi. So sebelum masuk ke dalam Desa Water Park..berkelah kat luar dulu sarapan pagi. Kat bawah ni gambar masa kat luar sebelum masuk.


Dah settle makan kenyang-kenyang baru lah kami semua masuk ke dalam untuk mandi - manda. Nak letak semua gambar kat dalam tu banyak sangat so kat bawah ni gambar yang jadi pilihan untuk diletak dalam blog ni.

 
 
 

 
 
Best jugak mandi - manda kat sini...harga tiket pun berbaloi lah jugak takde lah mahal sangat macam tepat lain....Boleh datang lagi lepas ni.



Wednesday 7 November 2012

Jalan Jalan KL Butterfly Park & Planetarium Negara

Dah dekat sebulan pergi jalan jalan sini tapi baru hari ni ada kesempatan nak update blog tentang ni. Sempena cuti pertabalan YDP Agong yang lepas me & wife plan nak bawa anak-anak jalan-jalan kat KL Bird park.








Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.00pagi. Kalau ikutkan memang nak bertolak awal sikit tapi macam biasa la.Nak siapkan hero berdua ni memang ambik masa. Adik memang dah bangun awal tapi abang bangun lewat sikit pulak hari tu.

Sampai je kat KL Bird park ramai pulak orang & parking pun penuh. So plan untuk melawat KL Bird Park bertukar menjadi melawat KL butterfly park coz tak ramai orang kat situ. Kebetulan je boleh sampai KL Butterfly Park ni coz ternampak signboard masa nak ke KL Bird Park. Ok jugak la KL Butterfly Park ni, 1st impression  sebelum masuk ingatkan kecik je butterfly park ni. Tapi bila dah masuk penat jugak la berjalan kat dalam. Kat sini ada kawasan taman, gallery & kedai souvenire. 
Kat bawah ni gambar-gambar masa kitaorang kat dalam sana.


Lepas keluar dari KL Butterfly Park memang takde plan nak gi mana-mana dah coz tujuan asal just nak gi KL Bird Park je. Tapi coz tadi dah ternampak signboard Planetarium Negara dan dah alang-alang ada dekat kawasan ni so me & mywife buat keputusan pergi je lah ke planetarium negara.
Boleh jugak syahmi belajar apa yang patut kat situ. Zareef memang tak faham apa-apa lagi coz kecik lagi. Lagi pun me & my wife pun masing-masing pernah gi planetarium ni zaman sekolah rendah dulu je.

STRESS OR BURNOUT?

Salam,
               Setiap kali hujung tahun for sure ramai yg hadapi stress or burnout kat tempat keje. Yelah, nak kene complete semua workload before dateline. Mcam2 situasi yg saya lihat kat tempat keje sampai ade yg nak bergaduh sesama sndiri dan tarik muka juz bcoz keje xdpt follow schedule. But, juz want to share a good example on how to release stress. Ade seorg senior ni suka masak dan bawa kat tempat keje bagi kita org mkn2. Hmm..ade jugak nak tny mcm mane dia mampu buat tengah2 musim busy skrg ni. Dia cakap stress hilang bila dia tgk sume kawan2 suke dgn mknan yg dia bawak. kita org pun mmg suka coz ade je makanan kan..hhehe. MORAL of the story is..kita akan rasa lebih bahagia jika kita mampu bahagiakan org lain.
            Ade lagi tips yang saya dapat drpd org yg berpengalaman. Dia cakap jika kita hadapi stress or burnout, ade 3 perkara kita bleh buat:
  1. cari hobi baru
  2. sambung belajar
  3. lastly, berhenti keje. cari keje lain
harap2, kita tak buat la pilihan ke-3 tu kan coz bukan senang nk cari keje skrg. 

Sunday 1 July 2012

Jalan-Jalan Ke Bukit Tinggi, Pahang

Dah lama tak update blog family ni...sibuk & takde idea nak update apa. Kali ni just nak update aktiviti jalan-jalan kitaorang sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Semalam 30th June 2012 sempena cuti hujung minggu kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Bukit Tinggi @ dikenali Berjaya Hills. Pergi balik hari je tak tidur sana pun.

Kenape pergi sana....coz tengok-tengok kat facebook member-member yang pergi sana ada rabbit farm. So ok lah jugak boleh bagi Syahmi & Zareef main-main dengan rabbit kat situ. Bertolak dari rumah pun dah pukul 10.15 pagi rasanya....biasa la nak siap-siapkan kedua-dua hero ni. Kat bukit tinggi tempat - tempat yang sempat kitaorang pergi Rabbit Farm, Japanese Village & Colmar Tropicale.

Ok lah malas nak citer panjang layan je gambar-gambar masa kitaorang sekeluarga kat sana...

Mula- mula di Rabbit Farm...yang paling suka dah tentu lah Syahmi & Zareef.








Dah puas anak-anak main kat Rabbit Farm kitaorang pergi pulak ke Japanese Village. Dari tempat Parking kereta nak ke Japanese Village tu punya la tinggi bukit dia nak menapak naik. Memang patut la letak nama Bukit Tinggi. OK layan gambar-gambar kat Japanese Village pulak...







 Selepas penat mendaki bukit kat japanese village baru lah kitaorang pergi berehat-rehat & makan-makan kat Colmar Tropicale. Kat sini bangunan dia semua ala-ala kat Perancis...ok lah jugak..tapi yang tak best nya makana kat bukit tinggi ni semua mahal....air tin 100plus harganya RM4.50....
Ok layan gambar-gambar masa kitaorang kat Colmar Tropicale...








Kesimpulanya....OK jugak la bukit tinggi ni...next time boleh  plan datang bermalam kat Colmar Tropicale ni pulak..baru dapat rasa pemandangan waktu malam pulak kat sini.....THE END
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...