Pages

Showing posts with label HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME. Show all posts

Monday, 1 August 2011

Hari Ahad Yang Penuh Dengan Aktiviti

 Hari ni adalah hujung minggu aku yang penuh dengan aktiviti start dari pagi sampai lah ke malam. Start dari pagi aku dah buat DIY home deco.Semalam baru beli electric drill so hari ni nak cuba benda baru la. Deco yang aku buat hari ni untuk rumah just yang simple je aku pasang wall deco. Just pasang je dulu tapi barang2 apa nak letak atas tu masih di fikirkan. Kat bawah aku share gambar wall deco yang aku buat.

home decodeko idaman, deko rumah









Lepas siap deco pagi tu tengah hari pulak kami sekeluarga keluar gi jalan di Jusco. Plan pergi sana nak beli barang untuk masak untuk puasa besok dan shopping baju Irfan Syahmi coz baju semua dah ketat. Sampai je kat Jusco terus gi cari restoran nak makan. Tapi punya la ramai orang hari ni sampai semua kedai penuh. Di sebabkan ada baby so kena la cari kedai yang takde orang sangat baru selesa lagi pun hari ni bawa 2 stroller  satu untuk abang lagi satu untuk adik. Lepas puas pusing jumpa jugak restoran yang tak ramai sgt orang. Kami makan di Boston restaurant kat Jusco ni. Makanan OK la jugak harga pun tak mahal sangat. Kat bawah share gambar tengah makan kat Boston.


makan, steamboatlunch,eatingJalan jalan cari makan

Selesai je makan kat Boston bermula lah aktiviti shopping. Mulanya ingat nak shopping baju Syahmi je. Tapi coz pagi tadi dah start DIY Deco so pergi jugak la kedai2 home deco kat Jusco ni. Ada juga la beli sikit barang untuk deco ni. Nanti dah siap deco aku share pic kat blog ni. Lepas tu pergi beli baju untuk Syahmi. masa nak beli baju ni kebetulan tempat baju tu dekat dengan game center. Syahmi apa lagi terus je tarik tangan aku nak gi main. Terpaksa le jugak melayan anak sulung ni kalau tak nanti menangis kat tengah orang ramai ni. Sempat jugak la ambik gambar dia tengah main.

game, mainvideo game









Lepas penat melayan Syahmi main game & ibu dah siap beli baju kitaorang pun turun gi beli barang2 dapur untuk besok dan barang nak buat steambot malam ni. Dekat pukul 6.30ptg jugak baru lah keluar dari Jusco.
Malamnya kat rumah buat steambot pulak coz bahan2 semua dah beli. Syahmi la yang paling tak sabar nak makan. Dia memang suka kalau steambot ni. Cuba tengok gamabr kat bawah ni awal2 lagi dia dah tunggu. Tak sempat kuah tu nak mendidih.


steamboat
Lepas ni nak tido lah...penat seharian hari ni. Besok dah start puasa. Irfan Zareef pun besok 1st day nak hantar gi nursery. Ok stop sini dulu.......

Saturday, 23 July 2011

Alarm System Untuk Rumah

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal ADT datang survey untuk pasang alarm. So hari ni satu hari kat rumah je tunggu orang ADT tu pasang alarm kat rumah ni. Sepatutnya appointment pukul 10.30pagi tapi pukul 11.00 baru sampai tapi takpe la lewat setengah jam je.

Tuesday, 19 July 2011

ADT Alarm System

Sejak bulan lepas banyak pulak kes pecah rumah kat area perumahan ni. Risau pulak bila dengar cerita2 macam ni. Di sebabkan risau ni lah aku & wife bersetuju nak pasang alarm sytem kat rumah kami. Lepas dah banyak survey2 alarm sytem yang ada di pasaran aku rasa ADT  yang sesuai kot.

Ahad lepas dah buat appointment dengan safety consultant ADT ni. Dia pun dah datang check & suggest tempat mana patut pasang alarm.ADT ni kalau nak pasang kena ada line telefon. Tapi disebabkan rumah aku takde line telefon dia ada pakej yang guna GSM. Tapi kena tambah sikit la coz nak beli alat tu.

Insyaallah kalau takde ape hari sabtu ni orang ADT datang install kat rumah. Nanti aku share gambar masa diaorang install.

Wednesday, 8 June 2011

Rumput Karpet - Part 2!

OK post kali ni aku nak share gambar rumput karpet yang ditanam di depan rumah aku. Ni sambungan kepada posting sebelum ni bertajuk (Rumput karpet). Thanks kepada Brat 2104 yang minta aku update gambar rumput karpet ni.Kalau tak memang tak update lagi lah rasanya. Kat bawah ni gambar rumput karpet yang di tanam di depan rumah yang sekankang kera tu.

Sunday, 1 May 2011

Rumput Karpet

Ni nak cerita sikit pasal rumput karpet. Tercapai jugak plan nak tanam rumput karpet dekat tanah sekankang kera di depan rumah tu. Setelah sekian lama plan tapi takde masa nak buat. Mula2 tu memang niat nak tanam rumput tu sendiri. Tapi selepas ada mamat bangla ni sorang datang tanya nak tanam rumput carpet & harga yang dia bagi untuk rumput & tanam  lagi murah dari bajet aku. So aku buat keputusan biarlah dia yang buat so aku dah tak payah nak penat2 meratakan tanah tu.

Ini Gambar hiasan je...
Mula-mula ingatkan susah sangat nak jaga rumput karpet ni. Tapi sekarang dah lepas sebulan rumput tu di tanam Alhamdulilah tumbuh menghijau je. Tak la susah sangat nak jaga just kena siram hari2 & letak baja  confirm hidup punya. Gambar rumput karpet takde skrg nanti next post aku share gambar rumput karpet kat depan rumah aku tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...