Semalam sempena cuti Maulidur Rasul, kami sekeluarga pergi ke Pusat Sains Negara. Disamping penuhkan aktiviti di hari cuti dapat juga dedahkan Syahmi dengan aktiviti yang melibatkan sains. Abah & Ibu pun kali pertama jugak sampai ke Pusat Sains Negara ni. Kami bertolak pukul 9.30pagi dan sampai dalam pukul 10 lebih dengan bantuan PAPAGO(GPS). Kalau nak cari sendiri boleh sesat juga rasanya.
Kebetulan semalam adalah hari terbuka so tiket masuk adalah percuma. Cuma kena bayar untuk masuk tengok robot je lah. Banyak jugak pameran yang ada kat Pusat Sains ni, Syahmi lah yang paling happy coz macam2 game yang berkaitan sains ada kat sini. Zareef tak pandai nak appreciate lagi, nanti Zareef dah besar boleh bawa datang lagi.
Kat bawah gambar-gambar masa kami sekeluarga kat sana.
Showing posts with label IRFAN ZAREEF. Show all posts
Showing posts with label IRFAN ZAREEF. Show all posts
Tuesday, 7 February 2012
Saturday, 30 July 2011
Baby Zareef Ke Nursery Dengan Abg Syahmi
Cepat masa berlalu..Baby Zareef pun dah masuk 2 bulan. Lagi 2 hari dah nak hantar Zareef ke nursery. So hari ni ingat nak keluar gi shopping barang2 untuk Zareef di nursery. Termasuk lah barang2 abang Syahmi dia.
Saturday, 16 July 2011
Aircond Untuk Baby Zareef
Alhamdulilah.....Tengah hari tadi dah settle pasang aircond kat master bedroom. Kalau ikutkan budget memang tak nak pasang lagi aircond ni. Tapi disebabkan baby Zareef tak boleh nak tido malam coz panas so terpaksa la pasang aircond jugak. Tu pun selepas banyak jugak kedai gi survey coz nak cari yang murah je.
Hopefully lepas ni baby Zareef dapat tido mlm & tak payah lagi ibu nak berjaga setiap jam coz Zareef tak boleh tido. Sekarang ni OK lagi la coz ibu tengah cuti tapi nanti kalau dah start keje teruk lah jugak.Ok tunggu & lihat je lah malam ni baby Zareef boleh tido ke tak lepas pasang aircond ni.
Hopefully lepas ni baby Zareef dapat tido mlm & tak payah lagi ibu nak berjaga setiap jam coz Zareef tak boleh tido. Sekarang ni OK lagi la coz ibu tengah cuti tapi nanti kalau dah start keje teruk lah jugak.Ok tunggu & lihat je lah malam ni baby Zareef boleh tido ke tak lepas pasang aircond ni.
Monday, 4 July 2011
Majlis Cukur Jambul & Birthday
Alhamdulilah Sabtu (2/7/2011) yg lepas dah selesai majlis cukur jambul & birthday kedua2 hero aku. Majlis cukur jambul untuk Zareef & birthday untuk Syahmi yang dah masuk 2 tahun. Perancangan untuk majlis ni ambik masa 2 minggu jugak la. Penat jugak men-google untuk mencari katering, khemah & kumpulan marhaban untuk majlis ni. Akhirnya jumpa jugak catering & khemah yang sesuai.Untuk khemah aku tempah dengan riduan canopy & untuk catering ambik Salamah Catering. Alhamdulilah servis kedua2 nya ok. Untuk catering ramai jugak yang puji masakan dia sedap. Kira ok la tu berbaloi la aku bayar. Bagi kumpulan marhaban nasib baik ada kawan kat tempat kerja rekomen kumpulan marhaban yang disertai wife dia. So senang la sikit tak payah nak susah2 cari lagi. Memang puas hati dengan kumpulan marhaban ni lama jugak la berzanji & marhaban dekat sejam lebih jugak.
Saturday, 11 June 2011
Abang & Adik With Play Mat
Semalam, bawa keluar playmat Syahmi yang lama nak bagi adik dia main. Tapi si abang pulak yang main lebih2. Abang asyik kacau je adik dia kat dalam tu. Masa kecik2 dulu tak nak pulak Syahmi ni main kat situ bila dah besar nak pulak dia main. Kat bawah ni gambar-gambar diaorang tengah main.
Friday, 3 June 2011
Abang Demam.....Adik Meragam Waktu Malam
Hari ni dah genap 17 hari Zareef dilahirkan. 2 minggu pertama Alhamdulilah baik je dia...boleh tido malam. Masuk je hari ke 15 dah mula meragam waktu malam. Tak nak tido dan menangis je bila malam. Biasa lah tu dalam pantang memang macam tu kot. Abang dia Syahmi dulu pun 2 bulan pertama tu memang meragam je waktu malam. Lepas je 2 bulan Alhamdulilah dah takde meragam lagi. Harap2 Zareef pun macam tu lah jugak.
| Syahmi dengan baby Zareef |
Tuesday, 31 May 2011
Follow Up Check-up Baby Irfan Zareef
Balik kerja lepas maghrib tadi terus keluar pergi hospital KPMC Puchong. Malam ni ada follow up untuk check-up baby coz kuning last week. Sampai kat hospital tu macam biasa la semua nurse tegur Syahmi. Hospital tu dah macam rumah kedua dia dah. Masa Syahmi baby bawah setahun dulu boleh dikatakan sebulan 2bulan sekali masuk wad.....sampaikan nurse & doctor kat situ dah boleh kenal dah.
Sunday, 22 May 2011
Irfan Zareef Masuk Wad Coz kuning
Tengah hari tadi gi klinik coz nak check up Irfan Zareef. Ingatkan semua ok. Tapi bila doctor check tadi dia kena kuning pulak. Bacaan dia 16, doktor cakap sepatutnya bawah 12. So terpaksa la kena tahan wad coz nak letak bawah lampu tu.
Saturday, 21 May 2011
My 2nd Hero - Irfan Zareef
Ni update sambungan posting yg lepas. Posting lepas aku cerita pasal kelahiran anak ke-2 aku. So sekarang nak bagitau nama dia la coz dah register kat JPN semalam. Nama nya seperti di tajuk tu ye....Irfan Zareef. Saja je letak Irfan jugak kat depan ak bagi sama dengan abang dia Irfan Syahmi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















