Alhamdulilah.....semalam dapat jugak buka akaun
Maybank Gold Investment Account di Maybank coz bercuti semalam. Dah lama plan nak buka akaun ni sebagai simpanan untuk Syahmi & Zareef. Itu pun setelah lama ber-google dan buat study sikit2 bank mana yang sesuai untuk kami. Setelah di buat perbandingan semua Maybank lah yang the best coz kita boleh beli emas tu dengan 1gram je minimum....kalau bank lain tak boleh. Lagi satu satu pelaburan macam ni selamat sikit coz kita tak pegang pun Emas tu. Bank yang pegang emas dia cuma bagi buku yang ada transaksi berape gram emas yang kita beli & balance je.
Untuk permulaan semalam kami melabur 2gram je dulu untuk buka akaun. Kiranya Syahmi 1gram & Zareef 1gram.Kelebihan melabur atau simpan guna emas ni adalah disebabkan dia takde inflasi. Dan kalau tengok harga emas ni semakin naik je. Kiranya ni pelaburan jangka panjang untuk anak-anak lah.
Target kitaorang kalau boleh setiap bulan dapat tambah 1gram pun cukuplah. Tapi itu semua depend kepada haraga emas semasa la....kalau harga naik tinggi sangat tu....tak boleh le nak beli. Masa kami beli semalam harga emas RM163/gram. Harap-harap kami dapatlah konsisten melabur setiap bulan untuk anak-anak.
Kalau ada sesape yang nak tau lebih lanjut tentang
Maybank Gold Investment Account ni boleh klik sini.
No comments:
Post a Comment