Malam minggu lepas bawa anak-anak pergi jalan-jalan di i-city shah alam. Plan asal just nak bawa anak-anak gi lepak kat padang yang dekat area muzium shah alam tu je. Tapi malam tu ada aktiviti berbasikal kat padang tu so kitaorang tak boleh masuk coz polis tengah berkawal kat situ. Disebabkan tak dapat nak lepak-lepak kat padang tu so tukar plan pergi i-city shah alam.
Walaupun kitaorang stay kat sini tapi ni la 1st time datang i-city ni. Pernah nak datang masa mula-mula buka dulu tapi ramai orang. Masa tu Syahmi kecik lagi so susah nak berasak-asak ni. Malam tu pun ramai jugak orang tapi dah alang-alang sampai masuk jugak la. Nasib baik la Zareef tak buat perangai masa kat dalam ni. Takut jugak menangis ke coz ramai orang kat dalam ni. Tapi alhamdulilah Syahmi & Zareef tengok OK je....Suka kot tengok macam-macam jenis lampu ada.
Kat bawah ni gambar-gambar masa kat dalam i-city, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment