Pages

Monday, 1 August 2011

Hari Ahad Yang Penuh Dengan Aktiviti

 Hari ni adalah hujung minggu aku yang penuh dengan aktiviti start dari pagi sampai lah ke malam. Start dari pagi aku dah buat DIY home deco.Semalam baru beli electric drill so hari ni nak cuba benda baru la. Deco yang aku buat hari ni untuk rumah just yang simple je aku pasang wall deco. Just pasang je dulu tapi barang2 apa nak letak atas tu masih di fikirkan. Kat bawah aku share gambar wall deco yang aku buat.

home decodeko idaman, deko rumah









Lepas siap deco pagi tu tengah hari pulak kami sekeluarga keluar gi jalan di Jusco. Plan pergi sana nak beli barang untuk masak untuk puasa besok dan shopping baju Irfan Syahmi coz baju semua dah ketat. Sampai je kat Jusco terus gi cari restoran nak makan. Tapi punya la ramai orang hari ni sampai semua kedai penuh. Di sebabkan ada baby so kena la cari kedai yang takde orang sangat baru selesa lagi pun hari ni bawa 2 stroller  satu untuk abang lagi satu untuk adik. Lepas puas pusing jumpa jugak restoran yang tak ramai sgt orang. Kami makan di Boston restaurant kat Jusco ni. Makanan OK la jugak harga pun tak mahal sangat. Kat bawah share gambar tengah makan kat Boston.


makan, steamboatlunch,eatingJalan jalan cari makan

Selesai je makan kat Boston bermula lah aktiviti shopping. Mulanya ingat nak shopping baju Syahmi je. Tapi coz pagi tadi dah start DIY Deco so pergi jugak la kedai2 home deco kat Jusco ni. Ada juga la beli sikit barang untuk deco ni. Nanti dah siap deco aku share pic kat blog ni. Lepas tu pergi beli baju untuk Syahmi. masa nak beli baju ni kebetulan tempat baju tu dekat dengan game center. Syahmi apa lagi terus je tarik tangan aku nak gi main. Terpaksa le jugak melayan anak sulung ni kalau tak nanti menangis kat tengah orang ramai ni. Sempat jugak la ambik gambar dia tengah main.

game, mainvideo game









Lepas penat melayan Syahmi main game & ibu dah siap beli baju kitaorang pun turun gi beli barang2 dapur untuk besok dan barang nak buat steambot malam ni. Dekat pukul 6.30ptg jugak baru lah keluar dari Jusco.
Malamnya kat rumah buat steambot pulak coz bahan2 semua dah beli. Syahmi la yang paling tak sabar nak makan. Dia memang suka kalau steambot ni. Cuba tengok gamabr kat bawah ni awal2 lagi dia dah tunggu. Tak sempat kuah tu nak mendidih.


steamboat
Lepas ni nak tido lah...penat seharian hari ni. Besok dah start puasa. Irfan Zareef pun besok 1st day nak hantar gi nursery. Ok stop sini dulu.......

2 comments:

leoness said...

Ohhh kalau umah u no 47, maknanya kita sebaris. hehe

Sharizal said...

Ye ke rumah no berape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...