Pages

Wednesday, 11 May 2011

Pengalaman Di Hospital Kerajaan

        Nak kongsi pengalaman berurusan di hospital kerajaan. Memang betul lah apa yang orang cakap servis  memang lambat. 2 kali aku berurusan untuk kes emergency di hospital kerajaan dan kedua duanya sama dan menyakitkan hati. Kes pertama, emergency coz wife aku ada bleeding masa kandungan 6 bulan. Nak pergi hospital swasta tak boleh coz hospital swasta tak terima untuk kes baby pra matang(tak cukup bulan). So terpaksa la pergi hospital kerajaan. Aku pergi pukul 3.30ptg menunggu untuk check up sampai pukul 11 malam. Bila dah masuk check up tu sekejap je tak sampai 5 minit dah habis. Doc cakap takde ape2 n boleh balik. Bayangkan lah berape jam aku menunggu dari pukul 3.30 ke pukul 11mlm tapi check up nye kejap je. Yang jadi lama tu coz prosedur dia. Di sebabkan wife aku tak penah check up kat klinik kesihatan selama ni so macam2 macam di interview nya wife aku untuk dia tulis dalam buku laporan dia tu. Padahal masa tu wife aku tgh sakit & kiranya emergency kes lah ni. Tapi cara dia layan macam takde ape2. Sampai sakit terus hilang coz bengang menunggu. 
         Kes kedua pulak, malam tadi aku bawa mak mentua pergi hospital kerajaan. sebelum tu dah pergi klinik dekat rumah. Doktor kat klinik tu bagi refer letter untuk pergi hospital masuk wad. Ingatkan bila kes emergency & ada refer letter ni cepat la prosesnya. Tapi sama jugak dengan kes pertama. Aku sampai pukul 9.30 mlm pukul 2.30 pagi baru boleh masuk wad. Entah apa la yang diaorang lambat sangat tu aku tak tau la. Padahal refer letter dari klinik dah ada tu. Emm lupa nak bagitau untuk kes wife aku tu pun ada jugak refer letter dari klinik yang wife aku selalu check up tu.
           Kesian aku tengok orang2 tua yang ada kes emergency ni dah la sakit kena pulak menunggu lama macam tu. Bertambah sakit la orang tu. Apa pun kalau tak kerana terpaksa & ada duit lebih better pergi hospital swasta je. Memang la mahal sikit tapi takde le tunggu berjam jam & hati pun tak sakit.
               Bukan nak salahkan doktor yang kerja di hospital kerajaan tu. Tapi sistem & prosedur di hospital kerajaan yang membuatkan jadi lambat macam tu. Harap2 akan ada improvement la untuk kemudahan rakyat. Minta maaf ye bagi sape sape yang bekerja di hospital kerajaan, cuma nak meluahkan apa terbuku di hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...